Hari ini hal kelestarian (atau lebih popular ‘sustainability’) sering sahaja menjadi topik, bukan sekadar menjaga alam ia juga banyak dikhususkan dalam bidang ekonomi termasuklah yang berkaitan dengan fesyen dan kecantikan.
Tetapi apa itu sustainability? Apa yang kamu faham tentangnya? Sustainability atau kelestarian itu mengambil kira keseimbangan tiga cabang iaitu pemeliahraan alam, perkembangan ekonomi dan juga kehidupan sosial manusia. Ia lebih cenderung kepada generasi hari ini menjaga dan memulihara alam untuk generasi mendatang.
Sama seperti label kecantikan yang lain, Schwarzkopf Professional juga enggan duduk diam, mereka juga mahu sama-sama melakukan sesuatu demi menjaga kestabilan alam sejagat. Kerancakan inisiatif mereka boleh dilihat pada koleksi pewarna rambut Igora Royal. Di sebalik variasi warna dari kelompok ton semula jadi hinggalah yang terang menjerit, ada banyak hal kelestarian yang difokuskan oleh Schwarzkopf Professional.
BAHAN KITAR SEMULA
Usaha Schwarzkopf Professional menerusi Igora Royal dimulakan dengan pemilihan bahan bungkusannya. Dari kotak hinggalah tiub berisi pewarnanya, ia didominasi bahan kitar semula. Misalnya, bagi kotak pembungkusnya mereka menggunakan 92 peratus kertas dari tebu (sugarcane paper). Pemilihan ini adalah satu inisiatif bijak dalam memastikan unsur alam lebih terpelihara. Sugarcane paper diperbuat daripada sisa buangan tebu yang sudah disekstrak untuk dijadikan gula. Sisa ini akan melalui proses terntentu untuk dijadikan kertas.
Untuk tiubnya pula, Igora Royal menggunakan 100 peratus bahan kitar semula yakni bagi tiup dan juga plastik penutupnya. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan 340 tan kertas, 350 tan aluminium baharu dan juga 80 tan plastik baharu. Angka ini sebenarnya sangat besar maknanya pada dunia. 340 tan kertas yang dapat dijimatkan itu menyamai 184 kali saiz stadium bola sepak Wembley. Manakala 350 tan aluminium pula menyamai dengan jarak dari Berlin ke kota New York (6,713km).
APA YANG ANBOLEH BUAT?
Ada banyak jalan untuk kita memulakan usaha kelestarian. Semuanya bermula dari kesedaran, dan dari situ kita akan mula peka dengan langkah yang sepatutnya yang perlu kita ambil. Sebagai contoh, penggunaan air sehari-hari sebenarnya ada impak kepada alam sekitar. Hal ini sebenarnya tidak ramai yang tahu. Jika sudah biasa berlama-lama di kamar mandi, boleh singkatkannya jika perlu. Pemilihan bahan membersih diri seperti buih mandian, syampu, perapi dan ubat gigi misalnya, semoleknya pilih yang bersifat mesra alam, dari isi bahannya hinggalah ke pembungkusannya.
EH! mahu meraikan inisiatif Schwarzkopf Professional dalam memelihara alam, dan kami mengundang tiga personaliti untuk mencuba warna terbaru Schwarzkopf Professional Igora Royal.
Rambut Aisha Retno, penyanyi yang terus mendaki populariti menerusi singles demi singles (W.H.U.T antara yang paling mendapat perhatian) diwarnakan dalam ton yang lebih terang. Rambutnya sudah kerap diwarnakan (termasuklah proses meluntur) menyebabkan ia sedikit kering, jadi Sky (pendandan rambut) memilih warna yang lebih selamat tanpa perlu menjalani proses meluntur.
Isha Norsham, pengacara dan penyampai radio ERA ini pula sangat sensitif dengan proses meluntur. Menurut Isha rambutnya mudah putus jika dilunturkan. Jadi Sky pilih warna yang sedikit gelap untuk menampak rambut yang sihat bersinar.
Juno Ko, pendandan rambut selebriti yang tidak asing lagi. Dia memang menjadi pilihan barisan selebriti kelas satu seperti Scha Alyahya, Daiyan Trisha, Kaka Azraff dan ramai lagi. Untuk Juno kami pilihkan warna yang lebih berani, warna merah jambu semestinya pilihan tepat memandangkan ini adalah warna yang paling hangat ketika ini, hot pink!
Bukan sekadar mewarnakan rambut, kami juga minta ketiga-tiga personaliti undangan kami berkongsi apakah usaha harian mereka dalam menjaga alam sekitar. Menurut Aisha dia sangat berjimat dalam penggunaan air. Jika boleh dikurangkan, akan dikurangkan. Isha pula akan membawa bekas air ke mana-mana dia pergi kerana dengan cara itu penggunaan cawan plastik atau kertas boleh dikurangkan. Manakala Juno akan membawa set sudu dan garfunya di dalam beg setiap hari.
Anda pula bagaimana? Apa yang anda lakukan dalam menyokong usaha kelestarian ini?
BACA: 10 Krim Muka Paling Mahal, Dari Seribu ke 3 Ribu Ringgit