Tahukah anda bahawa, wanita yang mengamalkan permakanan yogurt secara konsisten akan mempunyai kualiti diet yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil yogurt. Ikuti pesanan EH! tentang sebab mengapa wanita perlu mengambil yogurt dengan kerap.
Yogurt, makanan kegemaran di kalangan usia kanak-kanak dan juga orang dewasa hingga ia boleh dijadikan sebagai makanan super malam! Kandungan yang banyak memberi manfaat kesihatan, yogurt ini diperkaya dengan nutrien yang pastinya perlu dimakan oleh kaum wanita.
Kaya sumber protein dan kalsium yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin B kompleks, fosforus, kalium dan magnesium dimana ia membantu meningkatkan metabolisme dan memberikan rasa kenyang yang lama. Diperbuat daripada penapaian bakteria susu, proses inilah yang menjadikan yogurt tersebut istimewa dengan ciri-ciri tersendiri. Mari kita lihat sebab mengapa wanita perlu mengambil yogurt dengan kerap.