Selepas tampil dengan wajah bengkak tahun lalu, Zac Efron sekali lagi mengejutkan peminat dengan penampilan terbaharunya.
Dalam sekeping foto yang tular di media sosial minggu lalu, Zac Efron dirakam menyarung kemeja-T ketat tanpa lengan bersama celana pendek denim dan rambut palsu yang hampir mencecah bahu.
Foto tersebut dengan pantas mencuri perhatian beberapa pengguna Twitter yang membandingkan penampilannya dengan beberapa karakter fiksyen termasuk watak villain dalam filem Shrek, Lord Farquaad.