7 petanda ini akan memberi anda hint yang dalam diam si dia sedang menaruh hati padamu.
Jika 5 antara petanda ini ada pada dirinya, maka sahlah dalam diam si dia pasang niat untuk menuju ke peringkat seterusnya bersamamu! Perhatikan bahasa tubuhnya, jangan pula terlepas pandang ya?
1. Suka Curi-Curi Pandang
Manusia tak boleh lari dari keinginan untuk melihat benda yang kita suka. Walaupun orang itu seorang yang nerd atau pemalu, mereka pasti tidak terlepas dari habit memerhatikan orang yang mereka suka dari jauh. Tipulah jika anda tidak perasan ada mata yang sentiasa memandang pada anda. Biasanya, bila kita mulai perasan ada seseorang sedang mencuri pandang, pasti si dia akan cepat-cepat menoleh ke arah lain. Untuk mengelak untuk rasa perasaan, selidik dulu dua atau tiga kali sebelum mengesahkan.