Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah apabila dipilih untuk memeriahkan acara pembukaan Piala Dunia 2022.
Ini menjadikan Jungkook sebagai penyanyi K-Pop pertama membuat persembahan di pentas temasya sukan berprestij itu. Dia juga akan menyumbang runut bunyi untuk Piala Dunia, menurut ciapan di laman Twitter BTS.
“Kami dengan rasa bangga ingin mengumumkan bahawa Jungkook akan menjadi sebahagian daripada runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan membuat persembahan pada acara pembukaan. Nantikan!”