Beberapa hari lalu Nick Cannon mengumumkan khabar gembira bahawa dia menimang seorang lagi cahaya mata pada tarikh istimewa, 11 November 2022.
Dengan kelahiran ini Nick secara rasminya bergelar bapa kepada 11 cahaya mata, tidak termasuk seorang lagi anak yang kini masih di dalam kandungan.
Memiliki satu dozen cahaya mata hadir bersama tanggungjawab yang besar terutama dari segi kewangan, seperti yang dikongsikannya selepas The US Sun menganggarkan dia berbelanja sebanyak RM13.6 juta setahun.
“Saya membelanjakan jauh lebih banyak daripada itu untuk nafkah anak-anak setiap tahun,” katanya kepada Neighborhood Talk.