Hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Harry Styles dan Olivia Wilde dilaporkan telah membawa haluan masing-masing.
Satu sumber melaporkan, Harry dan Olivia membuat keputusan untuk berpisah kerana mempunyai keutamaan berbeza buat masa sekarang yang tidak dapat dielakkan.
“Harry kini masih terlibat dengan konsert jelajah dan perlu ke luar negara, manakala Olivia pula perlu memberi tumpuan pada kerjaya serta anak-anaknya di Los Angeles. Ini keputusan terbaik buat mereka,” jelasnya.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(453x223:455x225)/olivia-wilde-a6c25c6affdb4eccb155eca8e63ae9ab.jpg)