Selepas hampir sedekad bekerja tanpa henti, Chris Hemsworth memaklumkan dia sudah bersedia untuk berehat panjang.
Keputusan tersebut dibuat setelah Chris mendapat tahu dia terdedah kepada penyakit Alzheimer secara genetik. Dia mempunyai dua salinan gen APOE4, satu daripada ibunya dan satu lagi daripada bapanya, menjadikannya berisiko tinggi untuk menghidap penyakit itu.
Menurut satu kajian oleh National Institutes of Health pada 2021, satu daripada empat individu membawa satu salinan gen, tetapi hanya dua hingga tiga peratus populasi mempunyai kedua-dua salinan.