Wardah Beauty Melancarkan 12-Jam Wear ColorFit Perfect Glow Cushion dengan kombinasi suai warna kulit sebanyak lapan rona ton.
Jenama kecantikan tempatan yang paling digemari, Wardah Beauty, baru-baru ini melancarkan satu lagi barisan produk wajah yang inovatif dalam rangkaian terlarisnya, ColorFit, pasti peminat kecantikan jatuh cinta akan ia. Foundation yang berteksturkan melekap selama 12jam ini direka dengan inti inovasi, menyerap ke dalam kulit tanpa rasa minyak atau bercapuk, meletakkan keselesaan sebagai keutamaan kepada pengguna.
Diteknologi dengan inti SkinMatch Wardah yang unik, kualiti penyesuaian ton warna yang tepat dapat disesuaikan dengan tona kulit secara mudah dan akan kelihatan semulajadi tanpa rupa pucat dan kelabu. Formulasi pigmen yang sempurna menghasilkan kulit yang lembap tanpa menimbulkan rasa tidak selesa atau berminyak.
Sebanyak 8 warna rona mengiringi ciri Teknologi SkinMatch Perfect Glow Cushion, ia dirumus untuk bertahan sepanjang hari tanpa menjejaskan sifat penghidratan pada kulit lalu menghasilkan kemasan foundation yang sihat dan mulus sepertinya anda tidak memakai sebarang solekan!
Uniknya Wardah Beauty ini, ia merupakan kusyen halal pertama dengan pemakaian 12 jam, menampilkan pemakaian solekan yang luar biasa -sebati sempurna ke dalam kulit tanpa sebarang minyak atau rupa cakey. Ditambah dengan ciri SPF 33 PA++, asas kusyen ini dirumus dengan aplikasi perlindungan sinaran UV, melengkapkan rupa solekan yang menawan.
Miliki Wardah ColorFit Perfect Glow Cushion yang dijual pada harga MYR 39.90 di kedai Watsons & Guardian terpilih, atau layari laman rasmi Wardah Shopee dan Lazada untuk pembelian secara dalam talian.
Artikel berkaitan: Wardah Beauty Mengintai Dunia London Fashion Week’22