Jungkook mencuri perhatian baru-baru ini apabila menjadi artis K-pop pertama membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia.
Di pentas Stadium Al Bayt, Jungkook menghiburkan penonton dari serata dunia dengan lagu Dreamers buat pertama kalinya, yang merupakan runut bunyi bagi Piala Dunia Qatar 2022.
Hanya 13 jam selepas ia dilancarkan di platform muzik global iTunes, Dreamers berjaya mengungguli tangga teratas dalam Top Songs di 102 negara, 103 negara dalam masa dua hari dan 104 negara dalam masa empat hari.
Ia juga berada pada kedudukan #1 dalam Worldwide iTunes Song Chart, juga #1 dalam European iTunes Song Chart selama enam hari berturut-turut.