EH! memilih 10 gaya di malam gemilang ini, dan ini antara stail yang cantik dan hodoh di Fashion Awards 2022.
Fashion Awards 2022 berlangsung malam tadi di Alber Hall, London. Malam penganugerahan yang dibawakan oleh Diet Coke ini menyaksikan Bella Hadid ditabalkan sebagai ‘Model of the Year’ dan pengarah kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli dijulang sebagai ‘Designer of the Year’.
Erin O’Connor
Menggayakan gaun net Erdem dalam ton monokrom, bagi saya penampilan ini okey-okey sahaja. Tak lebih, tak kurang tapi yang pasti di mata saya bukanlah yang tercantik. Gaya ini hampir ‘jadi’ tapi bagai ada yang tak kena yang membuatkan ia sedikit gagal.