Bekas anggota BigBang, Seungri yang digelar ‘ancaman berbahaya kepada negara Korea’ bakal dibebaskan dari penjara pada Februari 2023.
Ogos tahun lalu Seungri dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan yang membabitkan pelacuran dan perjudian antarabangsa dalam kes berprofil tinggi, skandal kelab malam Burning Sun.
Dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan termasuk penyelewengan, pelanggaran undang-undang sanitasi makanan, serangan seksual, penggambaran video haram, rasuah seks, perjudian, pemindahan wang asing secara haram dan sebagainya.