Diamond & Platinum himpunan elegan generasi kini melancarkan koleksi permata baharu The New SD Collection, lebih versatil dengan rekaan segar.
Terus memancar dan berkilauan, Diamond & Platinum hadir dengan koleksi aksesori terbarunya menerusi himpunan SD yang mana rekaan yang melengkapkan koleksi ini datang dengan ilham yang lebih versatil, segar dan menterjemahkan kebebasan diri dalam berekspresi. Koleksi ini diinspirasikan dari stail generasi masa kini buat generasi masa kini.
Antara yang menjadi highlight koleksi ini ialah Triangolo Diamond Series yang diinspirasikan dengan reka bentuk siluet geometri dengan tetapan emas putih 10K. Himpunan ini dicipta untuk digandingkan bersama Starlight Paradise, anting-anting bertatah batu multiwarna, mencipta gaya yang fun dan eksentrik.
Himpunan Quad Diamond menampilkan siri kelopak bunga yang unik, diperbuat daripada Rose Gold 10K dan bertatah berlian pada setiap utas rantai disinari cahaya batu nilam merah jambu. Kembali pada stail klasik, himpunan De Curvar digubah dalam siri Emas 10K, disuai padankan dengan cincin bersaluti emas putih dan warna mawar klasik. Direka melengkung, koleksi ini menampilkan sisi dinamik yang klasik dan bingkasan keliling yang sarat tatahan berlian.
Hitam dan androgynous, Titan Black Diamond, siri berlian yang dinamik, ditatahi dengan berlian hitam, direka khas dalam Emas Putih 10K mencipta deretan kilauan simetri yang anggun. Satu gaya yang lebih ranggi dan edgy, pastinya ini pilihan penuh energi buat lelaki. Terokai kejaiban yang tiada kesudahan dan temui diri anda menerusi DIAMOND & PLATINUM. Be YOU, Zero Rules.
Artikel berkaitan: Nurita Harith X Diamond & Platinum, Himpunan Malar Segar Berjiwa Elegan Lagi Glamor