Majalah Rolling Stone dikecam apabila mengetepikan nama Celine Dion daripada senarai 200 Penyanyi Terhebat Sepanjang Masa 2022.
Senarai yang diumumkan di Twitter beberapa hari lalu itu membariskan nama penyanyi hebat seperti Aretha Franklin, Rosalía dan ramai artis lain yang berbakat besar dalam bidang suara.
Bagaimanapun menurut netizen, satu kesilapan besar yang dilakukan majalah itu adalah tidak memasukkan nama Celine ke dalam senarai.
Rolling Stone bagaimanapun tampil mempertahankan keputusan mereka menerusi satu ciapan di Twitter.
“Sebelum anda mula menatal (dan menulis komen), perlu diingat bahawa ini adalah senarai Penyanyi Terhebat, bukan Senarai Vokal Terhebat. Bakat adalah sesuatu yang mengagumkan, manakala kepintaran adalah sesuatu yang unggul.”