Disebabkan terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk berpasangan, Jackson Wang meminta tolong peminat mencari jodohnya sebelum memasuki usia 35 tahun.
Jackson Wang berkongsi butiran tentang kehidupan cintanya dalam temu hiburan, TVB StarTalk bual baru-baru ini. Ketika berada di Singapura bulan lalu, artis berusia 28 tahun itu mengakui bahawa dia benar-benar ingin ingin punyai kekasih tetapi oleh disebabkan jadual kerjanya yang padat, hasratnya itu tidak mengizinkan dia berbuat demikian.
@ahgacarat1004 my toxic trait is thinking i can pull JACKSON WANG #got7
Jackson sebelum ini juga tidak menafikan dia pernah menyukai seseorang di sebuah negara rahsia, namun terpaksa melupakan si dia kerana keesokkannya terpaksa terbang ke negeri lain untuk lanjutan kerja. Tambah Jackson, dia sudah beberapa kali jatuh hati pada perempuan yang memiliki keperibadian yang diingininya, namun perkara sama masih berulang dimana dia terpaksa melupakan hasrat cintanya itu kerana akan terbang ke negeri lain pada keesokannya lagi.
Namun, ia tidak mematahkan hati Jackson untuk percaya kepada cinta sejatinya, “Saya akan membiarkan alam semula jadi membuat jalannya.” Tambah Jackson lagi, “Jika saya masih belum bertemu jodoh pada usia 35 atau 40 tahun, saya akan menyiarkan ‘pertolongan’ di Instagram untuk meminta bantuan peminat mencari Si Dia”.
Video temu bual itu dimuat naik ke saluran YouTube TVB pada 2 Januari lalu, selepas lebih seminggu Wang membuat persembahan di stadium tertutup di Singapura pada 23 Disember 2022. Konsert Disember itu merupakan sebahagian daripada jelajah dunia penyanyi tersebut berjudul “Magic Man,” yang juga merupakan tajuk album terbarunya.
Jadi, kepada peminat perempuan yang ingin menjadikan Jackson sebagai teman hidup A.K.A suami, ini lah masanya untuk anda mengorak langkah mengurat Jackson Wang! Mungkin anda adalah jodoh sebenar Jackson?
Artikel berkaitan: Kemunculan Semula Kim Seon Ho Di Layar Perak