Memoir Putera Harry berjudul Spare yang dilancarkan pada 10 Januari lalu berjaya tersenarai dalam Guinness World Records.
Spare diumumkan sebagai buku bukan fiksyen paling laris sepanjang masa selepas terjual sebanyak 1.43 juta salinan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada pada hari pertama pelancarannya.
Buku penuh kontroversi itu mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh A Promised Land, memoir bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Diterbitkan pada 2020, ia terjual sebanyak 887,000 salinan pada hari pertama pelancaran.