Walaupun Beyonce mencipta sejarah di Anugerah Grammy 2023 dengan menjadi artis yang memiliki gramofon emas terbanyak, Harry Styles berjaya menggenggam ‘trofi terunggul’ – sekali gus mengundang kekecewaan peminat.
Albumnya berjudul Harry’s House (2022) dinobat sebagai Album Terbaik, menewaskan Beyonce yang kini mempunyai 33 trofi Anugerah Grammy, ABBA, Adele, Bad Bunny, Mary J. Blige, Brandi Carlile, Coldplay, Kendrick Lamar dan Lizzo yang dicalonkan dalam kategori sama.
Pelantun lagu As It Was itu sendiri terkejut dengan kemenangan Grammy ketiganya. Dia dilihat membenamkan wajah di telapak tangan apabila albumnya diumum sebagai pemenang.