Kolaborasi unik dan pertama UnitedWood di Trade Bangsar Village 2 menawarkan kemudahan walk-in store buat penggemar fesyen.
Merentasi satu garisan baharu, UnitedWood menerokai alam walk-in store kolaborasi istimewa bersama Trade, yang juga merupakan pengalaman pertama bagi UnitedWood untuk bekerjasama dengan kedai runcit fesyen di Malaysia. Menawarkan pra-pesanan (pre-order) di cerminan butik fesyennya, rangkaian siluet yang kemas dan pola genius ini diraikan untuk hasil koleksi musim baharu, UnitedWood SS23 yang bakal berlangsung dari 16 hingga 19 Febuari ini.
Trade, rumah fesyen yang terkenal dengan beberapa kerjasama jenama fesyen terbaik seperti Isabel Marant, Ulla Johnson dan IRO, menyambut baik kolaborasi terbaharunya, UnitedWood, menyaksikan peringkat perkenalan kepada falsafah dan aspirasi gabungan kedua jenama fesyen.
Perkenalan pengarang EH!, Farah Ain ketika memasuki butik TradeXUnitedWood di pangkalan pusat beli belah Bangsar Village II ini meninggalkan kesan yang menyaksikan rangkaian kuasa wanita (women empowerment), rangkaian koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023. Menyaksikan kepada siluet pakaian wanita yang ditawarkan oleh UnitedWood ini menjadikan mata fesyen dan individu wanita itu sendiri akan penuh dengan rasa keyakinan dan kesedaran fashion-sense yang lebih tajam.
Setiap sosok pakaian dari jenis baju, jaket, seluar hingga ke gaya gaun, kaya dengan perincian jahitan yang premium, fabrikasi yang praktikal dan jahitan trend terkini. Anggun dengan kecanggihan tata-jahit teknik pleating, lacework, dan pink tuck, digabungkan dengan siluet yang kuat, diinspirasikan oleh struktur kelopak bunga. Pelbagai jenis teknik reka bentuk permukaan digunakan untuk menghiasi fabrik, nyata memenuhi kehendak pencinta fesyen abad ini.
Dalam usaha menarik daya tarikan penggemar fesyen tanpa memfokuskan sesuatu musim – ingin kekal versatil, UnitedWood memperkenalkan koleksi jenama fesyennya – ‘WildFlower’ SS23, koleksi siluet yang sangat rumit dengan perincian workmanship yang tinggi.
Prasana fesyen dan wanita yang edgy khas koleksi baharu ini, jenama pakaian wanita kontemporari kekal mencipta potret kualiti tinggi sedia ada menawarkan gaya penyataan dengan serba boleh siang ke malam. Masih teguh dengan pendirian indentiti fesyennya, UnitedWood kekal dengan bayang-bayang korsetnya, yang boleh dipakai seperti vest luar/dalam.
Diasaskan pada tahun 2015, pengasas UnitedWood, Voon Lai dan Jonathan Cheng, sudah terkenal dengan reka bentuk fesyen alir antarabangsa antaranya dipaparkan dalam penerbitan media tinggi dan dilihat pakai oleh ikon paling bergaya dari Hong Kong hingga ke Hollywood, termasuk Cindy Crawford, Lady Kitty Spencer, Lana Condor dan Carrie Underwood. Dapatkan pra-pesanan eksklusif dari UnitedWood di Trade, Bangsar Village II dari 16 hingga 19 Februari dan ikuti perkembangan fesyen terkini di Instagram @trade_kl.
Artikel berkaitan: Buttonscarves Kini Di Pusat Beli Belah MyTOWN