Gugup kerana anda akan berjumpa dengan Si Dia buat kali pertama? Ikuti 5 tip temu janji- keselamatan ini, kerana tidak semua lelaki yang anda bakal kenal, baik orangnya…
Temu janji adalah proses ingin mengenali seseorang dengan niat untuk menilai keperibadian dan keserasian masing-masing. Adakah Si Dia pasangan yang berpotensi untuk anda? Mungkin anda akan ketahui jawapan itu jika melanjutkan temu janji buat kali ke-2 dan seterusnya. Namun untuk pengalaman kali pertama bertemu mata dengannya, anda perlu mengambil kira soal keselamatan diri dahulu sebelum mengenalinya dengan lebih dekat.
Walaupun anda mungkin telah berbual dengan seseorang untuk masa yang lama, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum meneruskan hubungan serius. Dalam dunia temu janji moden, adalah semakin penting untuk berwaspada, kerana kejadian serangan seksual yang berkaitan dengan temu janji telah meningkat secara mendadak. Lagi-lagi, anda mengenali Si Dia melalui aplikasi temu janji, langkah keselamatan mesti diambil serius. Walau bagaimanapun, dengan mengikuti beberapa petua keselamatan mudah, anda boleh meminimumkan potensi bahaya. Berikut ialah lima tip keselamatan yang perlu anda ketahui sebelum pergi temu janji: