Selepas enam tahun bersama, kumpulan wanita K-Pop popular, MOMOLAND akhirnya membawa haluan masing-masing.
Pada 14 Februari malam kelmarin, kesemua enam ahli MOMOLAND menggunakan akaun sosial Instagram mereka untuk menyiarkan surat tulisan tangan yang sama dalam bahasa Korea dan terjemahan Inggeris di komen, mengumumkan pembubaran kumpulan mereka selepas 6 tahun dalam industri K-Pop.
Pembubaran kumpulan itu mengejutkan peminat, dan rata-rata mereka memohon MOMOLAND untuk kembali bersama. Tanda pagar #MOMOLAND meraih carta carian popular di Twitter dan Instagram dek kerana berita mengejut ini. Kumpulan wanita K-Pop popular yang terdiri daripada Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin dan Nancy semuanya berkongsi mesej berikut dalam bahasa Inggeris:
Terjemahan:
“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada Merries [kumpulan peminat MOMOLAND] kerana berita mengejut ini. Kami benar-benar ingin memohon maaf atas berita kemas kini.
Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam antara kumpulan dan pihak produksi, kami – enam ahli telah memutuskan untuk menyokong kerjaya satu sama lain dan untuk memulakan permulaan baharu yang hebat pada masa hadapan.
Walaupun kami telah memutuskan untuk mengambil jalan ini, (ke arah kerjaya haluan masing-masing), kami kumpulan MOMOLAND akan sentiasa menjadi satu pasukan walau dimana jua kami berada.
Kami dengan tulus berterima kasih kepada Merries yang disayangi kerana anda banyak memberikan kami kenangan yang berharga dan anda lah sebab kami berada di sini selama enam tahun yang lalu. Kami amat kesal kerana tidak dapat memberitahu anda lebih awal, tetapi dengan tulus berterima kasih kepada setiap orang yang telah menyokong dan menunggu kami dengan sabar.
Melangkah ke hadapan, sila terus sokong dan sayangi MOMOLAND.
Terima kasih.”
Artikel berkaitan: 10 Skandal Korea Yang Mengejutkan Dunia K-Pop