Kelmarin, industri seni hiburan dikejutkan dengan berita Puteri Sarah pernah dipukul oleh Syamsul Yusof, diikuti dengan pembongkaran Farid Kamil yang menceritakan kisah silam ‘kaki pukul’ Syamsul di Instagram.
Susulan berita mengejut penderaan fizikal kepada Puteri Sarah, Farid Kamil bertindak membongkar pendera kepada isterinya, Diana Danielle pada tahun 2005. Selepas lama berteka teki tentang pendera hubungan Diana Danielle pada tahun 2005, Farid mengesahkan isterinya ketika itu sedang berpacaran bersama Syamsul Yusof dan menjadi mangsa pukul pada hubungan lampau.
Tindakan Farid itu meraih perhatian warganet dan mendapat sokongan kerana menjadi lelaki pelindung kepada Diana Danielle dari hubungan trauma kisah lampaunya. Kata Farid di Instagram Storynya, ” …sebab report (dari) 2005 untill 2020 about pukul wanita takkan ada tindakan (NFA) hari ni pukul lagi…”
Tambah Farid KamiL, “Untuk rekod, Ya dia (Syamsul Yusof) yang memukul wanita bernama Diana Danielle (isteri) pada tahun 2005, (sudah) report tetapi tiada tindakan (diambil) NFA.”
Menurut Puteri Sarah, “Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian (pukul) itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya,” kata Puteri Sarah yang terpaksa mengemukan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof. Sarah turut mendakwa, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.
“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka. Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya. Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen. Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.