Apple Fitness+ tampilkan kejutan buat para penggunanya sempena meraikan bulan Mac dan Women’s History Month!
Simbolik dengan bulan menghargai kaum wanita, aplikasi Apple Fitness+ hadir dengan senarai main lagu, daripada barisan selebriti yang menarik! Siri popular Apple Fitness+ Artist Spotlight itu sentiasa mendedikasikan keseluruhan senarai lagu, yang sesuai dengan aktiviti senaman. Kali ini, memilih untuk menampilkan senaman baharu dengan muzik daripada penyanyi ternama Mariah Carey, Miley Cyrus dan Shania Twain!
Bermula 6 Mac yang lalu, pengguna Fitness+ boleh mencuba variasi senaman baharu mengikut selebriti yang dipilih. Anda boleh berbasikal dengan senarai lagu Miley Cyrus, juga beraktiviti yoga dengan Mariah Carey. Selain itu, untuk sukan yang memerlukan kekuatan, bersiap sedia dengan senarai lagu dari Shania! Playlist yang disediakan kali ini, adalah hadiah untuk anda mendapatkan inspirasi, bersama beberapa artis wanita yang menduduki carta terbaik sepanjang zaman.
Apa yang lebih menarik, latihan baharu akan dilancarkan pada setiap hari isnin sepanjang bulan Mac ini, termasuk tarian, HIIT, dan banyak lagi. Sebelum ini, siri Artist Spotlight di Fitness+, telah menampilkan senaman khas dengan muzik oleh Beyonce, Katy Perry, BTS dan ramai lagi!