Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake akhirnya membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton, kolaborasi bersama Yayoi Kusama.
Menyarung jaket denim dengan motif bintik Yayoi Kusama yang terkenal, Justin kelihatan jauh lebih muda berbanding usianya kala dia menggayakan beg tote rona biru yang memaparkan logo Louis Vuitton dan cetakan labu terkenal rekaan artis Jepun itu.
Dalam sebuah lagi foto, lengannya yang dicat dengan labu berwarna-warni dilihat menggenggam beg LV Speedy yang juga tampil dalam cetakan sama.