The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye melakar sejarah peribadi apabila diiktiraf sebagai artis paling popular di dunia oleh Guinness World Records.
Penyanyi kelahiran Kanada itu berjaya mencipta dua rekod baru dan popularitinya dilaporkan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana artis. Sehingga 20 Mac dia memperoleh sebanyak 111.4 juta pendengar bulanan, rekod paling tinggi di Spotify. Dia juga menjadi artis pertama mencapai 100 juta pendengar bulanan dalam platform penstriman muzik digital popular itu.

Organisasi itu turut mendedahkan bahawa pesaing terdekat The Weeknd adalah Miley Cyrus dengan 82.4 juta pendengar bulanan. Ia diikuti oleh penyanyi terkenal Shakira (81.6 juta), Ariana Grande (80.6 juta), Taylor Swift (80.2 juta) dan Rihanna (78.5 juta). Pesaing lelaki terdekat adalah Ed Sheeran dengan 77.5 juta pendengar bulanan.