Marc Jacobs melancarkan Perfect dalam versi Eau De Toilette, dan setia mengekalkan mesej di sebalik imej haruman ini iaitu menyayangi diri sendiri- being true to yourself!
Self-care dan self-love, menerima diri sebaiknya adalah rencah utama kehidupan hari ini, jika selama ini kelemahan dianggap kekurangan, hari ini itu semua dijadikan kelebihan malah keunikan. Mahu meraikan manusia sejagat tentang hal ‘being true to yourself’, Marc Jacobs melancarkan Perfect Eau De parfum dan Perfect Intense, yang mana haruman ini sudah diperkenalkan pada Julai 2020.
Perfect Eau De Toilette diinspirasikan daripada mantra Marc Jacobs sendiri yang berbunyi ‘I am perfect as I am’ yang mana pada pergelangan tangannya terlukis tatu ‘Perfect’. Haruman ini juga mahu menebarkan mesej positiviti, keseronokan hidup menerusi aroma segar yang diabadikan di dalam haruman ini, seiring dengan tanda pagar #perfectasiam.
Kempen ‘Perfect As I Am’
Sempena pelancaran haruman ini di Malaysia, EH! bekerjasama dengan Marc Jacobs untuk merakam lima personaliti yang mana tiap satunya berbeza karakter dan pesona. Kelima-lima ini punya corak pemikiran berbeza dan berpontensi dijadikan inspirasi. Kami menghimpunkan Sonya Danita (model dan aktivis), Tuti (model), Nalisa Alia Amin (model), Kel Wen (pereka fesyen) dan Haneesya Hanee (hos, model dan pelakon). Kelima-lima individu yang dipilih ini punya pandangan tersendiri tentang self-love dan juga dalam hal menjadi diri sendiri.
#PerfectAsIAm Sonya Danita
Bagi Sonya kita harus mencintai diri sendiri dari segala aspek. “Good day or bad day, kita harus sentiasa memilih untuk menerima diri kita sepenuhnya. Dan itu jugalah yang saya sukakan tentang mesej Perfect EDT, ia menyuburkan cinta kepada diri sendiri.” Bagi Sonya, kulitnya adalah satu keunikan yang membezakan dia dengan orang lain, malah baginya perbezaan itu yang menjadi kekuatan. Bila disoal tentang hal yang membuatkan dia gembira secara ringkas dia menjawab, “melakukan sesuatu yang saya suka, meluangkan masa dengan orang yang saya sayang, kedua-duanya mudah untuk membuatkan saya gembira.”
#PerfectAsIAm Haneesya Hanee
“Apa yang menjadi inspirasi kepada saya setiap hari ialah bagaimana saya membayangkan apa yang mahu saya capai di masa hadapan. Setiap pagi pabila bangun tidur saya akan bayangkan tentang karakter wanita yang mahu saya bentuk dalam diri saya. Saya mahu menjadi lebih baik untuk diri saya sendiri,” kata Haneesya. Dan baginya self-love itu ialah mengenal dan mendalami kekurangan diri dan ‘menyintai’ kekurangan diri itu. “Jika ada sesuatu yang kita tidak suka tentang diri kita, dan kita mahu ubah, terpulang, asalkan ia membuatkan kita gembira. Mengapa tidak?”
#PerfectAsIAm Kel Wen
Bila ditanyakan apa makna autentik pada diri, jawab Kel Wen “menjadi berbeza dari orang lain itu sebenarnya adalah satu kelebihan.” Dan baginya sangat penting untuk dia menghargai masa ‘me time’ dan sentiasa berfikiran positif. “Saya seorang yang positif, I make everything happen and I’m real. Apa sahaja di sekeliling saya boleh mencetus inspirasi setiap hari,” jelas pengarah kreatif BEHATI ini.
#PerfectAsIAm Nalisa Alia Amin
Self-love bagi Nalisa ialah menerima diri sendiri, merangkumi kelebihan juga kekurangan, menerima ciri feminin atau maskulin dalam diri, menerima ying and yang. Dan baginya lagi kita perlu menerima tentang nilai dan kepercayaan diri, menerima cara kita berfikir walaupun adakalanya mungkin membuatkan orang lain tidak selesa. Bila ditanya tentang keunikan diri, Nalisa pantas menjawab, “my brain iaitu cara saya berfikir. Walaupun tidak sempurna saya menerima seadanya.”
#PerfectAsIAm Tuti
Bagi Tuti self-love itu ialah apabila dia peka dan prihatin dengan kondisi tubuhnya, melakukan rejim penjagaan kulit saban hari, dan baginya menyembur haruman juga membuat dia gembira dan fullfilled. “Orang-orang di sekeliling saya adalah sumber inspirasi khususnya orang-orang kreatif. Dan kalau orang minta saya simpulkan tentang siapa diri saya, jawapannya saya adalah seorang yang sangat ‘random’ dan saya sentiasa memilih untuk berasa gembira. Bermain dengan kucing adalah cara paling mudah untuk menggembirakan diri terutamanya kucing saya, Cosmo. I love you Cosmo,” luahnya.
Tentang Perfect EDT
Haruman ini adalah hasil karya pakar haruman tersohor, Domitlle Michalon-Bertier. Dia mengolah Perfect EDT dalam persembahan yang lebih segar hasil adunan bunga-bungaan. Domitlle mengahwinkan jambangan pink peppercorn berserta polygonum, dan juga daffodil putih. Haruman ini juga diperhangat dengan kayu sedar. Minyak wangi ini dibotolkan dalam kelalang jernih, mirip dengan Perfect edisi sebelum ini, yang mana botol ini juga mendapat sedikit sentuhan dari Marc Jacobs sendiri. Apa yang menarik pada botol haruman ini pastinya pada penutupnya yang dihiasi dengan pelbagai elemen yang eklektik seperti hiasan ceri, dadu dan bermacam-macam lagi. Kotaknya pula dihiasi dengan lakaran eksklusif artis New York, Jacky Blue. Perfect EDT hadir dalam tiga isi padu, 100ml, 50ml dan 30ml.
Maklumat lanjut tentang Perfect EDT Marc Jacobs di pautan INI!