Jika ada satu beg yang menjadi pilihan untuk menyempurna gaya Syawal tahun ini, Tabby Bag adalah jawapannya. Pilihan material dan warna yang variasi, Tabby Bag akan menjadi salah satu tas tangan malar segar.
Dalam sejarah Coach di Malaysia, tahun ini menjadi detik penting dalam kalendar jenama fesyen New York ini apabila buat pertama kalinya mereka melancarkan satu kempen lengkap dengan instalasi istimewa. Berlokasikan pintu masuk Pavilion KL bersambung ke pintu butiknya di Pavilion Elite, satu binaan instalasi yang menggabungkan imej Coach dengan elemen sambutan Aidilfitri.
EH! juga mahu bersama-sama Coach meraikan detik indah ini dan kami mengundang aktres terkenal, Sweet Qismina untuk menjelajah tiap ruang instalasi dan butik Coach sendiri sambil ‘bermain’ dengan pelbagai rekaand an warna beg ikonik masa kini Coach, Tabby.
Tabby Bag, antara rencana utama Coach sejak kebelakangan ini, beg ini dipelbagaikan material dan saiz, menjadikan ia antara tas tangan Coach yang amat versatil dan menjadi kegemaran ramai. Malah Sweet sendiri menyifatkan beg ini sangat menyenangkan.
“Tabby Bag sangat convenient. Dari segi rupanya pada saya Tabby Bag nampak cosy dan sangat versatil, sesuai digayakan dengan apa jua padanan mahupun ke mana-mana acara. Jika anda rasa Tabby yang kecil itu tak boleh memuatkan banyak barang sebenarnya tidak. Banyak barang penting boleh diisi. Dan I’m in love dengan pilihan warnanya,” kongsi Sweet.
Bila ditanya tentang stail tas tangan yang menjadi pilihannya untuk meraikan Syawal, menurut isteri kepada aktor Adam Lee ini, dia sukakan beg hobo dan juga Tabby. Baginya kedua-dua beg ini ringkas namun bergaya. “Simplicity at its best and finest,” ujarnya.
Bagi anda yang berkelapangan usah lepaskan peluang ke Pavilion KL untuk melihat dan merasai sendiri kemeriahan instalasi Coach ini. Berseronoklah merakam gambar dengan latar Rexy (maskot Coach) yang gah berdiri betul-betul di depan pintu masuk Pavilion KL. Kemudian singgahlah ke butik Coach dan lihat barisan begnya yang pasti sesuai dengan suai padan lebaran anda.
BACA: Coach In My Tabby Rai Keberanian Dan Ekspresi Diri Individu