Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tidak lama lagi, EH! x GUCCI Beauty bekerjasama merealisasikan bengkel kecantikan bersama 24 pembaca pertama.
Diadakan di GUCCI Pop-up Store Sunway Pyramid, EH! x GUCCI Beauty pertama merasmikan Éternité de Beauté, bedak asas tahan lama bersama 24 pembaca pertama yang berpeluang mengalami pengalaman peribadi bengkel kecantikan sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Pasti semua antara kita ingin kelihatan gah, dan cantik pada pagi lebaran. Mencapai tahap maksimum seharian, sesi salaman hingga bertemu tetamu di rumah, kecantikan solekan adalah perihal yang perlu kita utamakan dan cantikkan kembali setiap masa. Pemilihan bedak asas yang terbaik adalah kunci kepada solekan tahan lama. Selain itu, ia haruslah tidak melekit dan tidak berkecapuk… GUCCI Beauty dengar akan suara hati wanita yang ingin tampil cantik di hari lebaran.
EH! x GUCCI Beauty memperkenalkan Éternité de Beauté, bedak asas tahan lama, pelengkap solekan Aidilfitri.
Mereka yang bertuah, 24 pembaca pertama berpeluang untuk mengalami pengalaman peribadi bedak asas, Éternité de Beauté, pertama merasmikan. Riak muka pembaca yang kagum dengan tip dan trik magik yang ditunjukkan, puas hati dengan hasil akhir solekan yang ditunjukkan. Satu sahaja perkataan yang keluar dari mulut mereka, “Wah..!“.
Pengalaman sesi berasingan yang intim ini dimulakan dengan asas pengenalan solekan, Éternité de Beauté, serum dan setting spray kepada pembaca. Ritual kecantikan yang menarik ini diacarakan oleh Guru peribadi GUCCI yang berpengalaman memberi tip dan trik terbaik.
Éternité de Beauté
Gucci Beauty baru-baru ini memperkenalkan bedak asas anti-pemindahan terbaru, Éternité de Beauté, menjanjikan solekan tahan lama mengekalkan penampilan anda secara utuh selama 24 jam. Asas anti-pemindahan yang diformulakan dengan bahan serbuk berkualiti tinggi dan pigmen bersalut teknologi proprietary polymer disatukan untuk menghasilkan solekan sempurna, serap kulit, memberikan tekstur yang nipis dan bernafas pada pemakai.
Formula cecair Éternité de Beauté juga didatangkan dengan minyak mawar hitam asid hyaluronik untuk memastikan penghidratan wajah kekal lama. Gabungan formula rupa kilauan semula jadi ini memberikan hasil glowing malah melindungi kulit anda sepanjang hari, meminimumkan penampilan liang pori daripada matahari dengan bahan SPF 15. Hadir dalam 25 warna merentasi empat kategori rona: Sejuk (C), Neutral (N), Hangat (W) dan Zaitun (O) pasti melengkapi gaya Aidilfitri anda, anggun dengan tip dan trik bersama Éternité de Beauté.