Ahad ini bakal meraikan sambutan Hari Ibu Sedunia. Sudahkah anda membuat persiapan kejutan untuk tersayang?
Hari Ibu semakin hampir! Tepat 14 Mei 2023, Hari Ibu adalah antara hari yang paling istimewa untuk disambut oleh setiap anak sebagai tanda menghargai setiap pengorbanan mereka. Ibu, mereka insan yang lemah lembut dan sensitif namun sangat prihatin, mengambil berat akan keberadaan kita, tidak kira dimana, mereka lah tempat kita mengadu dan berkongsi.
Jika anda masih pening kepala akan aktiviti untuk mencari tempat riadah yang sesuai untuk meraikan ibu anda tahun ini, atau jika anda adalah seorang perancang saat akhir, berikut ialah panduan ringkas tentang 5 aktiviti menarik pilihan terbaik EH! untuk meraikan ibu anda!