Beauty is pain, setiap individu yang ingin tampil cantik akan melakukan apa sahaja rawatan kecantikan hingga sanggup ‘meranakan’ diri sendiri hanya untuk kekal jelita.
Kecantikan, kelihatan muda dan kekal sihat bukan datang begitu sahaja, 5 selebriti Hollywood ini pula sanggup melakukan apa sahaja tip kecantikan yang pelik hanya untuk kekal jelita sepanjang zaman. Sesetengah jatuh ke dalam gelombang godaan kesihatan hingga ia menjadi keterlaluan mengubah wajah mereka. Pelik tetapi itulah realiti yang dihadapi selebriti Hollywood yang ingin tampil cantik hingga sanggup melakukan ritual pelik kecantikan.