Keaslian jenama denim ini menjadi salah satu inspirasi Daiyan Trisha dalam melakar perjalanan seni mahupun peribadi. Dan dalam meraikan 150 tahun 501®, pelantun ‘Penat’ ini berkongsi cerita kembaranya bersama Levi’s®.
Siapa sangka dari hanya sekadar helaian buat pekerja lombong, denim kini menjadi antara item fesyen paling digemari dan stylish. Dan tidak sah andai bercakap tentang denim tanpa menyebut nama Levi’s® . Jenama ini sangat sinonim dengan rekaan jean yang menjadi kegemaran ramai dan bila bercakap tentang Levi’s® pula semestinya tidak menyebut 501®. Jean 501® sudah mencapai paras ikonik dalam ‘kembara’ 150 tahunnya. Jean 501® sudah digayakan jutaan orang dari pelbagai latar belakang dan status, dari yang muda hingga yang lebih berusia, dari jalanan ke pejabat korporat, ramai yang sudah menyarungnya.
Di Malaysia punya ramai inidividu yang menggemari 501®. Malah saya sendiri mula mengenali 501® sejak di bangku sekolah menerusi helaian majalah. Saya percaya setiap remaja yang sedang membesar, memiliki jean Levi’s® adalah satu impian, dan saya percaya ada antara mereka meletakan 501® sebagai ‘objektif’ pertama.
Daiyan Trisha antara individu yang menyenangi 501®, malah sudah banyak jean ini memenuhi gerobok bajunya. Menurut Daiyan kali pertama dia menyarung jean ini adalah sewaktu dia muncul di kempen raya Levi’s® enam tahun lalu. “Semuanya bermula pada tahun 2017 sewaktu saya disunting sebagai wajah kempen Raya untuk Levi’s®. Kempen Raya tersebut adalah gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Saya masih ingat itulah kali pertama saya menyarung 501®, saya menyukai stail Button Fly nya,” kongsinya.
“Bagi saya menggayakan 501® bukan sekadar menyarung jean, ia juga ‘memakai’ seni warisan serta keaslian jenama itu sendiri.”- Daiyan Trisha.
Kongsi Daiyan, hubungannya dengan jenama denim terkenal ini bukan sahaja sebagai seorang penggaya atau penghias kempen semata, apa yang menarik dia juga pernah menjalani latihan amali (internship) di Levi’s®. “Saya ditawarkan internship oleh Jen, Pengarah Pemasaran pada waktu itu. Tawaran ini datang selepas saya membintangi kempen pertama saya bersama mereka dan kebetulan pada waktu itu saya berada di tahun akhir pengajian sarjana muda. Dan tambah menarik saya sendiri dapat melihat laporan jualan hasil kempen saya bersama Levi’s®,” kongsi Daiyan sambil ketawa. Baginya itu salah satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang dia berada di sana.
“Apa yang Daiyan suka tentang Levi’s®?,” tanya saya. “Saya sukakan seni keasliannya. Bagi saya menggayakan 501® bukan sekadar menyarung jean, ia juga ‘memakai’ seni warisan serta keaslian jenama itu sendiri. Saya sendiri sangat terinspirasi melihat bagaimana Levi’s® kekal menjadi diri mereka sendiri sebagai sebuah jenama, dan bagi saya 501® adalah salah satu solid statement akan hal ini.”
Bila ditanya apa yang dia belajar dari Levi’s® adalah bagaimana sebuah jenama itu dibina berbekalkan keasliannya. Bagi Daiyan untuk berjaya kita perlu menjadi diri sendiri. Dalam hidup kita akan dipengaruhi keadaan sekeliling, namun usahlah pengaruh itu membuatkan kita hilang esen dan jati diri kita. Kita harus kekal menjadi diri sendiri,” luah Daiyan yang sangat mengidolakan Taylor Swift sebagai salah seorang inspirasi kerjaya muziknya.
“Original, edgy and authentic adalah tiga perkataan yang tepat untuk mendefinisi Levi’s®,” ujarnya mengakhiri bicara.
Bagi meraikan ulang tahun ke-150 501®, Levi’s® bakal menganjurkan ‘150 Years in the Making’ pada 20 Mei ini. Bertempat di REXKL, acara ini dibuka kepada umum bermula jam 11 pagi, dan anda akan dapat melihat kembara lebih seabad ikon Levi’s® ini.