Penyakit strok haba boleh dicegah jika anda mengambil tahu akan simptom dan perkara yang perlu dilakukan.
Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling serius dan perlu dirujuk pakar kesihatan. Ia berlaku apabila badan anda tidak lagi dapat mengawal suhu badan dan menyebabkan mekanisme badan menurun laju dan gagal berfungsi. Apabila strok haba berlaku, suhu badan boleh meningkat kepada 106°F atau lebih tinggi dalam masa 10 hingga 15 minit. Bahaya bukan? Strok haba juga boleh menyebabkan kehilangan upaya kekal atau lebih padah, kematian jika orang itu tidak menerima rawatan kecemasan.