Dior memperkenalkan Le Baume, satu produk bersifat universal dan uniseks, membelai bukan sekadar kulit wajah malah bibir, tangan dan tubuh.
Rutin harian yang sarat dengan pelbagai aktiviti adakalanya menjadi penghalang untuk kita konsisten dalam menjaga kulit. Tambah pula bagi yang memang senang dengan rejim lebih daripada tiga langkah biasa, kekangan masa adakalanya menjadi batas. Jadi, bila Dior memperkenlkan satu produk yang boleh membelai semua bahagian, pastinya ia disambut baik.
Le Baume, bukan sekadar dicipta dengan keberkesanan dalam melembapkan kulit malah ia juga punya formula yang bagus untuk memperbaiki pertahanan kulit. Formulanya bukan hanya memberi fokus pada kompleksi wajah malah ia bermanfaat buat melembap bibir, tangan dan bahagian tubuh lain. Dior berpendapat selain muka, bibir juga harus dibelai kerana permukaan bibir sangat halus dan mudah terkesan dengan kesan kering. Sebab itulah jika keadaan sejuk atau kita kurang minum air, bibir mudah kering dan kadang-kadang rekahannya membuatkannya berdarah. Sama juga dengan kuku, jika tidak dijaga mudah sensitif dan rapuh. Dior mahu semua isu ini diselesaikan dengan satu produk mudah bawa, maka mereka perkenalkan Le Baume.
Saintis Dior membubuh ekstrak Centella Asiatica yang menjadi bintang utama bahan-bahan Le Baume, ia sangat sesuai dalam merawat dan memperbaiki kulit yang sensitif. Ia juga bertindak untuk membuat kulit terasan tenang dan nyaman.
Squalane (bahan dalam buah zaitun) dan juga minyak jojoba turut memantapkan produk ini, kandungan omega 6 dan 9 bertindak untuk memperkuatkan pertahanan kulit. Ia juga menghidratkan kulit menerusi asid hyaluronik dan gliserin. Le Baume menghidrat kulit dalam masa dua jam selepas ia dioles pada kulit, dan teksturnya sangat selesa meliputi kulit, tidak berminyak mahupun melekit.
Le Baume menjadi produk terkini yang disenangi salah seorang anggota Blackpink, Jisoo. Kesibukan jadual harian juga kembara ke sana-sini untuk persembahan, fleksibiliti dan saiz mudah bawa Le Baume membuatkan ia menjadi pilihan.
Le Baume juga menjadi pilihan tiga lagi figura ternama seperti jaguh tenis Emma Raducanu. Emma pernah memenangi Kejohanan Terbuka Amerika 2021pada usia 18 tahun. Sesuai juga buat lelaki, Le Baume juga menjadi produk pilihan selebriti Korea, Cha Eunwoo dan juga bintang peragaan kelahiran Nigeria, Nonso.
Le Baume sudah berada di butik kecantikan Dior dan boleh dimiliki secara dalam talian di pautan INI! pada harga RM255.
BACA: 5 Selebriti Hollywood Ini Amalkan Tip Kecantikan Yang Pelik