Enam bulan mengumumkan perkahwinan dengan Katy Louise Saunders, Song Joong Ki kini dikurniakan cahaya mata sulung.
Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Song Joong Ki menerusi fan cafe rasmi miliknya. Dia turut menyertakan sekeping foto hitam putih yang menunjukkan anak lelakinya sedang menggenggam jari kelingkingnya.
“Saya kini berada di Rom, kampung halaman isteri saya. Kami baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung, seorang anak lelaki. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Saya kini sedang menjaga keluarga saya, dengan perasaan gembira dan bersyukur.”
Menerusi perkongsian sama, pelakon berusia 37 itu berkata anak lelakinya adalah anugerah paling buat berharga buat dia dan isteri. Kehadirannya memenuhi impian terbesar mereka untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.