Tahukah anda. retinol penting dalam rutin penjagaan kulit kerana ia membantu memudarkan bekas jerawat, melawan tanda penuaan dan membantu memulihkan tona kulit?
Pasti antara kalian sudah mencuba penapis kepintaran buatan Tiktok yang kini tular, ‘Aged‘, memperlihatkan wajah tua masa hadapan. Trend ini mendapat perhatian pakar dermatologi kecantikan, bahawa ia dapat dielakkan jika anda mengamalkan rutin penjagaan kulit ‘Retinol’ dari umur yang awal.
@realputeriaishah I look like my mom 🥹🥰 #tiktokmalaysia #puteriaishah #fypシ #foryou #fyp #aged
Apa itu Retinol?
Retinol ialah terbitan kandungan sintetik Vitamin-A, salah satu bahan penjagaan kulit yang efektif untuk menangani tanda penuaan dan merangsang pengeluaran kolagen. Retinol terdapat dalam pelbagai tekstur, termasuk, krim, gel, losyen, salap (oilment) dan serum. Penggunaan tekstur retinol bergantung kepada penyerapan kulit anda. Jika memiliki kulit berminyak, anda boleh memilih antara gel dan serum. Jika kulit kering, anda boleh memilih krim dan losyen. Peringantan: pastikan anda mengetahui jenis kulit sendiri dahulu sebelum mencuba produk kecantikan.
Mengapa Retional penting dalam rutin kecantikan?
Retinol pertama kali diluluskan pada tahun 1970-an untuk digunakan ke atas pesakit jerawat kulit. Ia membantu menggalakkan perolehan sel dan menghalang pori-pori tersumbat dan membantu melindungi kulit daripada cela, serta memperbaiki dasar kulit. Kandungan ini menjadikan kulit anda kelihatan muda dan berasa lebih lembut, licin, dan mempunyai cahaya yang berseri. Ia akan membantu mengurangkan garis halus dan kedutan sambil meningkatkan pengeluaran kolagen kembali.
Retinol datang dalam pelbagai kekuatan. Saya cadangkan bermula pada kekuatan 0.25 titis hingga 0.5 titis dan gunakannya 2 hingga 3 kali seminggu. Jika kulit anda tidak menunjukkan gejala gatal dan kulit merah, anda boleh menggunakannya 4 malam seminggu.