Lebih sembilan bulan mengikat tali pertunangan, Fadlan Hazim dan Aiya Mukhamedsalova selamat disatukan sebagai suami isteri.
Wanita yang berasal dari Kazakhstan itu sah menjadi milik Fadlan dengan sekali lafaz sekitar jam 10.27 pagi pada hari Ahad, 17 Julai 2023. Mereka dinikahkah oleh pendaftar Nikah Cerai Rujuk JAWI, Muhammad Fairudz Saderi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aiya menerima sebentuk cincin emas dan lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.
Acara serba ringkas itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Keluarga Aiya tidak dapat hadir kerana perlu menguruskan perkara penting, namun detik penyatuan mereka ditonton keluarga pengantin perempuan menerusi panggilan video. Majlis resepsi mereka juga terpaksa ditaunda ke bulan Oktober bagi membolehkan mereka semua hadir.
“Memang sedih sebab keluarga isteri tidak dapat datang, tapi perkara wajib perlu diteruskan. Syukur semuanya berjalan lancar. Bukan mudah nak kumpul semua ahli keluarga isteri untuk datang ke sini. Jadi sebab itu majlis resepsi yang dirancang bulan ini pun terpaksa ditangguhkan,” katanya, menurut laporan mStar.