Hello! Sudah sediakah anda dengan Good Vibes Festival 2023?
Konsert Good Vibes Festival hampir tiba dan sudah tentu, tanpa penampilan solekan yang unik, konsert anda akan jadi membosankan dan tiada gambar kenangan! Jika anda masih mencari idea dan inspirasi solekan dan kemungkinan kini tinggal lagi sehari untuk persiapan – mungkin anda akan rasa kurang bersemangat atau hanya tidak tahu dari mana hendak bermula, kami mempunyai beberapa cadangan khas buat anda. Lihat 5 idea solekan GVF 2023 ini, daripada solekan bibir terang hingga mata berkilauan!
Ps tip tambahan, hanya ada dua peraturan mengenai solekan konsert, pertama jangan lupa pakai pelindung muka SPF 50+ dan pastikan penampilan solekan anda kalis peluh! Selain daripada itu, lebihkan dan tampil glam dengan garis pensel mata, palet neon, warna yang terang dan menyeronokkan dan semestinya kilauan yang tiada had!