Baru-baru ini, pelakon “King The Land”, Yoona Dan Lee Junho dirakam berpegangan tangan semasa bercuti berkumpulan, jadi benarkah mereka sedang bercinta di luar pengambaran?
Junho, bekas ahli kumpulan 2PM yang juga dikenali sebagai Lee Jun Ho dan YoonA SNSD, telah menjadi viral sejak kebelakangan ini kerana keduanya mempunyai kimia yang hangat. Selepas rakaman episod 8, ciuman yang lama dalam drama “King The Land”, pergerakan mereka sentiasa diperhatikan peminat yang mengharapakan cinta sebenar berputik diluar lokasi pengambaran. Malah, sebelum ini peminat juga gembira apabila diumumkan media produksi bahawa kedua-dua idola itu akan menerajui drama komedi romantis K-Drama ‘King the Land’, kerana mengetahui mereka berdua telah berkawan selama lebih sedekad.
Disebabkan memiliki kecantikan, bakat dan personalitinya yang terpuji, YoonA mempunyai peminat paling ramai di kalangan selebriti lelaki. Ramai melihatnya sebagai pasangan ideal mereka. Siapa tidak tertarik kepadanya? Antara selebriti wanita yang mempunyai pakej lengkap, YoonA turut memiliki sejarah pencintaan dengan bekas kekasih yang popular dan segak!