Matty Healy nampaknya masih tidak berpuas hati selepas digam daripada membuat persembahan di negara ini.
Dua hari lalu vokalis kumpulan The 1957 itu memuat naik satu perkongsian berbaur ejekan di Instagram Story. Ia rentetan kontroversi yang dicetuskannya dengan mencumbu pemain bass, Ross MacDonald dan berkelakuan biadap ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival. Dalam hantaran tersebut, Matt Healy menyindir undang-undang LGBTQ+ Malaysia dengan berkongsi lebih banyak foto intimnya dengan Ross MacDonald.
“Okey, apa kata anda sendiri cuba untuk tidak mencumbu Ross sejak 20 tahun lalu. Tidak semudah yang anda lihat,” tulisnya dalam perkongsian yang kini telah pun dipadam. Dia terus mempersenda negara ini dengan meletak imej topi besar di atas gambar peta Semenanjung Malaysia.