Musim panas penuh dengan perkara yang menarik — tetapi asas solekan yang cair, celak comot serta gincu yang melekit pasti akan mengganggu “mood” anda. Oleh itu, EH! mencadangkan 10 tip solekan untuk tahan lama di musim panas bagi memastikan wajah anda sentiasa kelihatan semula jadi, segar dan cantik, walaupun berpeluh di bawah matahari terik.
Musim panas adalah musim yang paling dinantikan oleh semua orang. Ia adalah waktu untuk kita meluangkan masa riadah bersama keluarga, rakan tidak kira waktu dan tempat, aktiviti musim panas pasti memiliki sesuatu yang menarik menanti anda.
Namun satu musuh pertama buat wanita ketika ingin keluar pada musim panas, semestinya solekan yang cair, muka berminyak dan bibir yang kering. Hal ini akan membuatkan anda tampak tidak bersiap dan kelihatan tidak sihat. Mungkin dengan mengikuti tip EH! ini, anda pasti akan tampil cantik dan segar jika mengamalkan tip menata rias secara betul sebelum keluar rumah.