Kate Spade meneruskan identiti cetakan dan warna riang yang memukau lagi versatil menerusi himpunan musim luruh tahun ini.
Terkenal dengan gaya fesyen wanita yang optimis, sehingga kini Kate Spade meneruskan legasinya sebagai salah satu rumah gaya hidup global yang terkenal dengan koleksi beg tangan, aksesori, kasut dan banyak lagi. Teguh dengan penggunaan warna yang kontra, Kate Spade kembali lagi dengan koleksi baharu yang mana koleksi ini dipentaskan pada awal tahun ini di New York Fashion Week (NYFW) 2023 yang berlangsung di Whitney Museum of American Art, New York.
Ini antara koleksi musim luruh 2023 yang bakal memukau mata anda;
Tidak hanya menampilkan koleksi yang versatil, jenama ini juga turut meraikan ulang tahun yang ke-30, dan untuk itu Kate Spade menjalin kolaborasi unik bersama Pantone. Koleksi ini menampilkan warna-warna cerah, grafik berani, dan tekstur unik yang pasti menceriakan isi almari anda.
Mengekspresikan kegembiraan berpakaian dengan cara yang dirasakan moden dan segar. Terdapat juga gabungan dimensi antara maskulin dan feminin yang menambah keunikan koleksi ini. Setiap satu gaya dilengkapkan dengan beg tangan yang meriah dengan perincian rona warna yang berani dan aksesori sebagai pelengkap gaya harian.
READY-TO-WEAR MEWAH WARNA
Dalam koleksi ready-to-wear, Kate Spade juga menyelaraskan pilihan kasual seperti baju grafik yang mana boleh dipadankan dengan skirt midi penuh dan seluar kaki lebar. Koleksi musim luruh yang dibawa oleh Kate Spade ini menunjukkan cara penggaya boleh mengabungkan cetakan dan warna dengan mudah.
TAS TANGAN BERVARIASI
Bercakap tentang koleksi tas tangan baharu, Kate Spade teruja memperkenalkan K Hardware, satu gaya tas tangan dengan reka bentuk moden yang bersegi empat dan tiga rona dengan estetika Kate Spade sendiri. Perincian koleksi K Hardware menampilkan garisan tebal dan butiran lacquered dengan ruang dalaman yang luas.
Selepas menjalani hari yang panjang dan memenatkan, raikan malam anda dengen koleksi tas tangan After Party. Edisi segar musim luruh yang mempertaruhkan rekaan unik iaitu pemegang melengkung, corak berani dan pengunaan fabrik yang kukuh.
PILIHAN SEPATU
Mengimbangi gaya kasual dan elegan, Kate Spade menampilkan keseronokan pada pengemar kasut dengan variasi pilihan kasut dari bahan premium seperti kulit menambahkan seri dengan perincian berhias pada kasut bertumit tinggi metalik. Buat yang mahukan sesuatuyanglebih ringkas gayanya boleh memilih kasut yang dihiasi reben mahupun loafer berperincian mutiara.
PERHIASAN DIRI
Tidak lengkap penampilan anda tanpa aksesori. Kate Spade juga menampilkan koleksi aksesori yang segar dan mewah dengan perincian mutiara yang pelbagai saiz, bentuk dan warna sebagai pelengkap gaya. Rangkaian aksesori dari pelbagai pilihan seperti anting-anting, cincin, rantai dan juga gelang diunggulkan dengan warna yang menarik dan berkilauan.
Artikel berkaitan: Kate Spade X Pantone Sebagai Tanda Rai Ulang Tahun Ke-30