Jika ikut adat kita, bertunang lama tidak manis tetapi lain pula bagi selebriti Hollywood ini, mereka lebih selesa bertunang secara lama dengan pasangan mereka.
Selebriti Hollywood selalu mengejutkan dunia hiburan dengan berita pertunangan mahupun perkahwinan mereka. Tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk berpacaran, mereka ini tidak gentar untuk melamar pasangan hanya selepas beberapa bulan berkenalan. Jauh sekali berbeza dengan budaya kita, yang lebih suka mengambil masa lama untuk mengenali pasangan sebelum ke jinjang pelamin.
Tetapi tidak setiap pertunangan selebriti Hollywood yang lama ini berakhir dengan perkahwinan dongeng atau cinta yang berkekalan. Antara mereka ada yang berjaya dan sesetengah perpisah secara baik dan ada pula masih menunggu “I do” yang sempurna, lihat semua selebriti yang meraikan cinta mereka pada garis masa mereka sendiri.