EH! diundang menemubual Afgan, bintang Indonesia yang hadir ke Kuala Lumpur atas jemputan Armani Beauty. Di kemunculan eksklusif di Armani Make-up Lab, Midvalley Megamall Khamis lalu. Armani Make-up lab adalah yang pertama dianjurkan di Asia Tenggara. Afgan sempat mempersembahkan tiga lagu saat muncul di acara ini.
Sehari berapa jam yang diperlukan untuk tidur supaya kamu energetic keesokan hari?
Aku tidurnya lama, mungkin bisa tujuh lapan jam. Tetapi lewat kebelakangan ini saya merubah rutin, tidur lebih awal dan bangunnya juga awal.
Sejak bila atau pada usia bila kamu berasakan menjaga penampilan itu penting?
Waktu saya berusia 20-an pada itu sudah mulai beri perhatian yang lebih kerana dengan kerja aku yang berhadapanpenampilan rapi dan baik, dan harusnya aku nyaman dengan penampilan aku.
Bagaimana kamu menjaga kesihatan mental?
Soalan yang bagus! Setiap minggu saya berusaha untuk evaluate mental well-being saya, menulis jurnal dan reflek diri saya. Kerja saya bukannya mudah, banyak cabarannya, jadi saya perlu fokus dengan apa yang saya mahu dalam hidup saya.
Kamu punya tip atau rahsia menjaga suara?
Sebenarnya saya bukanlah yang termasuk yang disiplin sekali. Paling penting adalah latihan vokal.Walaupun saya sudah biasa menyanyi di panggung saya masih punya guru vokal sampai ke hari ini supaya saya menyanyi dengan teknik yang betul dan tidak merosakkan suara saya.
Sudah lama menjadi penyanyi, adakah kamu masih nervous sebelum naik ke pentas? Bagaimana kamu kekal tenang?
Masih nervous lagi-lagi bila ada event atau konsert. Saya berdoa dan bicara dengan diri sendiri sebelum ke pentas. Saya sering ingatkan diri supaya menghayati setiap detik ketika berada di pentas kerana setiap momen itu tidak akan terulang.
Siapa pengaruh besar dalam kerjaya kamu?
Musician friends dan salah seorang yang boleh saya sebut ialah Rossa. Dia sudah lama menyanyi dan pengalamannya lebih banyak dari saya. Dia mengajar saya untuk ada good attitude, bagaimana untuk menghormati orang dan etika kerja. Saya belajar banyak dari dia. Selain ibu dan ayah serta keluarga, musician friends adalah pengaruh besar dalam kerjaya saya.
Jika jalan cerita hidup kamu difilemkan suatu hari nanti, apa judulnya?
Mungkin judul lagu saya. Saya da satau lagu ‘Untukmu AKu Bertahan’. Setiap orang pasti ada sumber kekuatan dan bagi saya muzik itulah kekuatan saya.
Di mana tempat yang paling menggembirakan kamu?
Di pantai! Saya suka sangat berada di laut, saya rasa bagi anak kecil jika ke sana.
Siapa orang yang kamu kenal yang sentiasa wangi baunya?
Siapa ya? Kerana bila saya ke kantor, dari jauh sudah bau harum. Hmmm….. oh ya Reza Chandika, dia hos di Indonesia. Dia suka mencampur-campur perfume, dia suka perfume cocktail. Generally teman-teman saya smells good.
Apa produk Armani Beauty kesukaan kamu?
Saya suka dengan perfume, dan memang banyak mencuba perfume Armani Beauty. Saat ini yang saya suka ialah Acqua di Gio. Saya suka kerana macam yang saya kata tadi saya sukakan pantai, dan bau Acqua di Gio memang mengingatkan saya tentang laut.