Tiada percalonan artis lelaki bagi kategori “Artist Of The Year VMA” buat kali pertama sejak kategori itu diperkenalkan pada 2017.
VMA 2023 dijadualkan bakal berlangsung pada 12 September 2023, disiarkan secara langsung dari Prudential Centre, Newark, New Jersey. Anugerah yang terkenal dengan patung Moon Man perak itu, telah diadakan setiap tahun sejak 1984 bagi menghargai pencapaian dalam medium video muzik. Terkenal dengan malam penuh kejutan, dari Britney Spears membuat persembahan dengan ular hidup pada tahun 2001, kepada pakaian daging Lady Gaga pada tahun 2010.
“Artist of the year” VMA 2023 bakal dirangkul oleh penyanyi wanita.
Bermula 8 Ogos 2023, peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka yang merentas 15 kategori dengan melawati vote.mtv.com sehingga, 1 September 2023. Pengundian untuk artis baharu terbaik akan kekal aktif semasa acara berlangsung manakala, pencalonan untuk kategori sosial termasuk kumpulan tahun dan lagu musim panas akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
Pencalonan untuk Anugerah “Artist of the year” 2023 pula telah mencipta sejarah baru kerana hanya terdiri daripada artis wanita buat kali pertama sejak 7 tahun kategori itu dicalonkan. Terdiri daripada 6 penyanyi popular iaitu, Beyoncé, Doja Cat, Karol G, Nicki Minaj, Shakira dan Taylor Swift. Ia juga merupakan kali pertama 2 penyanyi Latin, Karol G dan Shakira dicalonkan, selepas calon Latin pertama iaitu Bad Bunny memenangi anugerah itu tahun lepas.
Setahun selepas mencipta sejarah VMA sebagai satu-satunya artis yang memenangi “Video of the Year” sebanyak tiga kali, Taylor Swift kembali ke litar anugerah tahun ini dengan 8 pencalonan yang hebat, memastikan tempatnya di bahagian atas senarai calon, termasuk percalonan lagu terbaik untuk Anti-Hero. Ia akan menjadi malam yang hebat untuk bintang itu kerana dia mendapat 8 percalonan pada malam itu. Diikuti, SZA mempunyai 6 pencalonan, manakala Doja Cat, Olivia Rodrigo, Miley Cyrus, Nicki Minaj, Sam Smith dan Kim Petras kesemuanya mempunyai 5 pencalonan.
Artikel berkaitan: 5 Gaya Selebriti Paling Memukau Di Anugerah Grammys 2023