Perkahwinan pertama Noh Salleh bersama Mizz Nina menemui titik noktah selepas perkongsian hidup selama lebih sedekad.
Kini, Noh Salleh bakal menempuh kehidupan berumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa.
Selepas empat bulan menjalin pertunangan, kad undangan perkahwinan pasangan itu sudah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan saudara mara. Penyanyi dan peguam itu memilih tarikh 23 September 2023 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Upacara akad nikah akan dilangsungkan pada sebelah pagi manakala majlis persandingan pula pada jam 8 malam hari yang sama. Majlis akan diadakan di sebuah dewan acara di Puchong, Selangor.