Dari awal penglibatan sehingga ke harini ini, wajah cantik selebriti wanita ini tidak pernah berubah, malah semakin cantik dan awet muda!
Seiring dengan bertambahnya usia wajar jika wajah seseorang terlihat semakin menua dan memiliki kedutan. Namun, ada selebriti tempatan yang masih tampil kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka. Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih kekal langsing dan bertenaga walaupun ada diantara mereka telah menginjak usia lebih dari 50 tahun.
Intai 5 rahsia kekal muda dan menawan selebriti Malaysia:
1. Datin Seri Maria Farida.
Datin Seri Maria Farida memang cukup terkenal dengan kecantikan wajahnya yang sentiasa kelihatan muda walaupun sudah berusia 54 tahun. Berdarah kacukan melayu dan filipina, merupakan bonus buat beliau kelihatan lebih menawan. Memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995. Setelah itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan. Beliau mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok dan sentiasa berfikiran positif.
2. Nasha Aziz.
Nasha Aziz atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau bukan sahaja Mempunyai wajah yang menawan malah, juga berbakat dalam dunia lakonan dan pernah menggondol anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 27 menerusi filem Trauma. Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun, beliau masih kekal cantik dan langsing. Beliau juga turut berkongsi rahsia awet muda yang diamalkan, adalah dengan menjaga pemakanan, mengawal emosi dan sentiasa mengutamakan kesihatan mental. Beliau juga hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan jarang makan nasi.
3. Dato Sheila Majid.
Dato Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini. Bakat beliau mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan beliau mengambil masa selama 3 tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru. Selain menyanyi, beliau juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan. Ratu jazz ini juga turut berkongsi rahsia beliau kekal awet muda dan bertenaga dengan tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam.
4. Che Puan Sarimah Ibrahim.
Che Puan Sarimah Ibrahim dikatakan masih kekal anggun dan awet muda walaupun sudah memasuki usia 43 tahun. Bahkan, ada yang berseloroh kononnya beliau seperti “vampire” dek kerana tidak dimamah usia dan kekal sama seperti dahulu. Menurut Che Puan Sarimah dalam satu perkongsian, beliau mengamalkan minum 2 liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam, 40 minit kardio, 7 jam tidur dan bernafas secara dalam ke bawah perut. Malah, beliau turut memberitahu, tidak mengamalkan pemakaian bedak asas setiap hari, mencuci muka setiap malam sebelum tidur dan paling penting memakai pelindung matahari spf merupakan salah satu tip yang diamalkan beliau untuk kekal jelita sehingga kini.
5. Amy Mastura.
Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah patutlah beliau tergolong antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia. Penyanyi dan juga pelakon, Amy Mastura yang terkenal dengan perwatakan ceria dan lucu ni mendedahkan rahsia beliau kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Artikel Berkaitan: 5 Manfaat Gua Sha, Rahsia Wajah Awet Muda