Sewaktu press day bersama Sephora tempoh hari, jenama ini antara yang amencuri tumpuan, malah ia antara produk yang kerap melintasi garis masa saya di Instagram.
Ya, produk Salt & Stone banyak kali dimuat naik di IG story selepas Press Day Sephora berlangsung. Ramai yang teruja apabila mengenali jenama ini. Tapi saya percaya tak ramai yang kenal dan tahu, termasuklah saya.
Salt & Stone diperkenalkan oleh bekas pemain papan luncur salji profesional, Nima Jalali. Sewaktu masih aktif dia rancak mengelilingi dunia, dari berlatih hinggalah menyertai pelbagai kejohanan. Pengalamannya bermain papan luncur yang sememangnya berlangsung di luar mendedahkannya dengan pelbagai pengetahun dan pemahaman tentang kondisi kulit. Belajar dari pengalaman dia mula faham efek persekitaran pada kulit andai tidak dijaga dengan baik. Pendedahan ini sekaligus mencetus ilham untuk dia melancarkan produknya sendiri dan istimewanya dia memberi fokus pada formula untuk mereka yang aktif dan menyatukannya dengan bau-bauan asli.
Inspirasi Salt & Stone banyak berkisar dari alam semula jadi, disenyawakan dengan bahan aktif dari laut dan gunung dan silengkapi dengan sains dalam belaian kulit.
“Kami berusaha untuk menghasilkan produk yang seiring dengan alam, bau-bauan dan memberikan kesan yang bagus pada pengguna,” kata Nima.
Menurutnya lagi Salt & Stone menggunakan formula dari bahan antioksidan, bahan-bahan yang kaya dengan manfaat seperti rumpai laut dan spirulina. Dan sudah tentulah sebagai satu jenama yang mengutamakan bahan semula jadi, mereka juga amat menitikberatkan tentang sustainability. Jadi bahan bungkusan setiap produk ini banyak menggunakan bahan kitar semula.
IKON SALT & STONE
Saat ini antara produk yang menjadi buah mulut dan sangat digemari ialah deodoran. Ia diformulakan dengan perlindungan 24 jam, menggunakan ekstrak rumpai laut, asid hyaluronic dan ia bebas alkohol, paraben, aluminium dan phthalates. Deodoran ini juga mengandungi campuran minyak (moisturizing oil blend) yang mana ia menghimpun minyak kelapa, shea butter dan minyak bunga matahari. Terdapat dua kombinasi haruman yang menjadi kesukaan, iaitu Santal & Vetiver dan juga Bergamot & Hinoki.
BELAIAN TUBUH KALA BERSIRAM
Salt & Stone turut terkenal dengan sabun mandiannya. Hadir dalam tekstur gel, ia memercik kesegaran kala tubuh dibersihkan. Tidak mengeringkan kerana ia mengandungi bahan melembap seperti asid hyaluronik. Menariknya gel mandian ini dimewahkan dengan ekstrak beri biru dan vitamin C yang mana dua bahan ini bermanfaat dalam menjaga kulit dan melindunginya dari kesan penuaan.
Sama seperti deodoran, gel mandian ini juga dijelmakan dalam dua kombinasi wangian, Santal & Vetiver dan juga Bergamot & Hinoki.
Buat masa ini Salt & Stone hanya boleh didapati secara dalam talian di SEPHORA, dan pada Oktober nanti anda boleh dapatkannya di butik fizikal Sephora sendiri.