Dalam banyak-banyak serum yang pernah kami cuba, ini antara yang diyakini keberkesanannya. Kami sudah menggunakannya sejak awal ia diperkenalkan dan tidak salah anda kami memilih N°1 De Chanel Revitalizing Serum sebagai Serum Anti-Penuaan Pilihan (Editorial Picks).
Dikatakan mempunyai keberkesanan yang mendahului masa, N°1 De Chanel Revitalizing Serum tidak sekadar berkata-kata ya. Chanel benar-benar telah pun mengukur keberkesanan serum ini sepanjang enam bulan dan mendapati hasil yang menakjubkan! Chanel Research telah memilih ekstrak camelia merah untuk membantu menghalang daripada hilangnya kevitalan selular dan meningkatkan aktiviti selular sehingga 67 peratus agar sel-sel kulit dapat hidup lebih lama.
Chanel Research telah membangunkan indeks kevitalan untuk mengukur kesan serum ke atas daya tahan kulit dengan skor tunggal. Ia dihitung berdasarkan hasil yang diperoleh untuk lima kriteria penuaan iaitu keanjalan, keserian, kelenturan, kedutan dan liang pori yang dinyatakan dalam bentuk peratus: sejauh mana indeks telah meningkat berbanding sebelum penggunaan serum itu. Indeks kevitalan didapati meningkat sebanyak lima kali ganda* selepas enam bulan dengan penggunaan Chanel Revitalizing Serum.
Selalunya keberkesanan sesuatu produk diuji dalam satu hingga dua bulan tetapi Chanel Revitalizing Serum diuji keberkesanannya sampai enam bulan untuk mengambil kira impak jangka panjang faktor persekitaran urban pada kulit. Kini terbukti, lebih lama anda menggunakannya, lebih baik untuk daya tahan kulit anda.
Need a little more convincing? Kami beri sembilan: 01 Ia kaya dengan ekstrak camelia yang bertindak ke atas fasa pertama penuaan kulit. 02 95 peratus bahan semula jadi, 76 peratus daripada camelia. 03 Tekstur segar segera meresap. 04 Menyatukan keberkesanan dan tarikan sensori 05 Menghalang dan memperbaiki lima tanda penuaan. 06 Keberkesanan segera dan berpanjangan. 07 Rekaan botol eco-responsible. 08 Penitik memberikan jumlah yang tepat dan berkesan 09 Sekarang dah ada botol 100ml.
Klik pautan
DI SINI
untuk informasi lebih lanjut tentang N°1 De Chanel Revitalizing Serum serta produk lain dalam rangkaian ini.
* Berbanding ukuran yang diambil sebaik penggunaan pertama kali.