Fesyen dan filem adalah sesuatu eksperimen yang menyeronokkan, lagi-lagi menonton filem romantik denim bersama pasangan dirumah.
Hentikan kerja harian anda, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menonton beberapa filem klasik dan moden yang menggabungkan elemen fesyen dan filem dalam satu masa. Apabila ia datang kepada fesyen, tiada apa yang mentakrifkan klasik seperti denim. Malah, tidak ada bahan lain yang boleh memunculkan penglihatan subkultur yang paling menarik selain daripada denim seperti; jenis denim zaman Greasers, koboi, hippie, rapper, rocker, semuanya meletakkan sentuhan yang unik kepada hubungan emosi filem.
Tidak lapuk dek hujan, denim adalah pemilihan gaya harian orang ramai, ia sesuai dipadankan sebagai gaya kasual, majlis malah di tempat kerja. Sepanjang dekad yang lebih, ia telah menerima status pakai dengan apa-apa sahaja untuk mana-mana majlis. Daripada tugasan santai hingga ke acara permaidani merah, keajaiban tenunan denim ini telah mengorakkan penampilan yang menarik buat si pemakai. Oleh itu, sekali-sekala untuk kembali ke akar denim dalam menghargai elemen fesyen ini, EH! memperingati detik-detik yang mengukuhkan kedudukan jeans dalam filem yang anda boleh tonton pada hujung minggu bersama pasangan.
Sediakan bertih jagung dan selimut, ini 5 filem romantik denim anda perlu tonton bersama pasangan.
1. Breakfast at Tiffany’s (1961)
Dalam salah satu adegan Breakfast at Tiffany yang paling diingati, Audrey Hepburn menampilkan rupa denim kasual menggandingkan baju putih longgar dengan seluar jeans kaki lurus lengkap dengan balutan rambut yang rapi untuk nyanyian lagu “Moon River“.
2. Don Juan, or If Don Juan Were a Woman (1973)
Jane Birkin membawa kehangatan dalam If Don Juan Were a Woman, memakai baju denim terbuka yang banyak meninggalkan imaginasi buat penonton. Dia menggandingkan bahagian atas ikonik dengan sepasang seluar Flared jeans.
3. Clueless (1995)
Alicia Silverstone selalu membuat percikan fesyen yang memukau dalam beberapa sketsa filem Clueless, antaranya seluar jeans padanan dia dan Paul Rudd yang menarik perhatian EH! di sofa sedang meluahkan perasaan cinta.
4. The Lizzie McGuire Movie (2003)
Hilary Duff banyak membuat penampilan jeans pada awal tahun 00-an, lagi-lagi dalam Filem The Lizzie McGuire. Antara adegan yang benar-benar menyerlah ialah dia membetulkan zip di tengah-tengah jalan Itali; dengan seluar jeans gelap dan baju atasan berjalur lurus.
5. To All the Boys I’ve Loved Before (2018)
Kepada semua penggemar skirt jean… ini adalah contoh fesyen filem skirt jean berbutang yang anda boleh rujuk; dimana Lana Condor bijak memadankan ia dengan baju atasan dalam pelbagai warna dan lapis.
Baca: Katie Holmes Di Kritik Kerana Penampilan Y2K Denim Viralnya