Sempena kehadiran Paris Hilton di Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini, EH! senaraikan lima gaya ikonik Paris Hilton dalam persalinan jeans Y2K.
Jika dilihat fesyen pada tahun 2000, tidak kira dimana sahaja; di permaidani karpet merah, rancangan TV, majalah dan lain-lain, pemakaian jeans adalah pilihan tanda zaman 00-an. Namun, dalam kebanyakkan fesyen yang dilihat, antara yang paling mencuri perhatian lensa paparazi ialah sosialit Paris Hilton, fesyenya cukup melambangkan kegemilangan era Jeans.
Dari koleksi baju baldu hingga seluar jeansnya yang bertingkat rendah (lower jeans), Hilton memiliki almari pakaian era pop 2000-an yang paling diidami oleh setiap wanita dan everyone want to be like her! Antara fesyen ikonik Y2K, gaya Hilton menjadi rujukan anak muda kini, tinjauan oleh penyelidik Klarna (Penyelidik Fesyen) pada bulan Disember 2022 telah melakukan soal selidik terhadap 1.000 orang di AS mewakili generasi Gen Z, Millennials, Gen X, dan Boomers, di mana 45% responden mengatakan bahawa fesyen pada era Y2K adalah jauh lebih baik dari fesyen zaman lain.
That’s hot, semak 5 gaya jeans ikonik Paris Hilton:
1. Bikini & Jeans? Slay!
Paris Hilton menggayakan padanan bikini warna merah jambu dan jeans lengkap dengan jaket jeans semasa menghadiri Minggu Fesyen Men’s Health New York pada tahun 2002. Biarpun ringkas dengan ton dua warna, gaya Paris ini terus menjadi tular dan diikuti wanita, pewaris itu turut menyarungkan tali pinggang berantai bunga.
2. Lower Jeans
Siapa sahaja tidak pernah menggayakan Lower Jeans pada tahun 2000? Antara jenis jeans yang tular pada zaman 00-an, Paris Hilton juga tidak terkecuali mengenakan seluar jeans lower jeans/bertingkat rendah pada Jun 2002. Kali ini dia memakainya dengan kemeja colar luar bergaris, sepasang sandal tinggi dan mendukung dengan anak anjingnya, Cinderella!
3. Jeans dan Baju Lengan Satu
Masih menggayakan jeans yang sama, ini mungkin jeans kegemaran Paris Hilton. Biarpun menggayakan jeans yang sama pada acara berbeza, Paris akan menukar fesyen bahagian atasnya, kali ini padanan baju lengan satu dan topi kulit warna merah pada pesta Armani Jeans yang meraikan lawatan Amerika Utara, Craig David pada Februari 2002.
4. Baju Lace & Jeans, that’s hot.
Baju tanks hiasan renda menjadi kegilaan pada tahun 00-an. Ramai selebriti menggayakan padanan ini dengan seluar jeans, mini skirt jeans sebagai gaya harian mereka. Begitu juga dengann baju tanks hiasan renda biru cair yang digayakan oleh Paris Hilton untuk pertunjukan fesyen Marc Jacobs di New York City pada September 2003.
5. Bunny dan Jeans
Jika dilihat, gaya ini seperti kembali ke zaman moden kini, antara yang digayakan oleh ahli kumpulan Korea, NewJeans yang turut memadankan hiasan kepala Bunny dan sepasang jeans pada muzik video, OMG mereka. Original gaya ini sebenarnya adalah dari sosialit Paris Hilton sendiri yang tampil berani dengan persalinan penuh pink, sedikit elemen bulu dan jeans semasa menghadiri parti Park City: DirectTV dan ESPN NFL Playoff pada tahun 2009.