Senang atau rumitkah hubungan jarak jauh ‘PJJ’ ini?
Bagi sesetengah orang, hubungan jarak jauh atau dikenali sebagai ‘PJJ’ sudah cukup mencabar dan sukar. Ia memerlukan komitmen yang berpanjangan, kepercayaan dan sikap memahami yang tinggi. Cara kalian berkomunikasi, mempraktikkan kemahiran menyelesaikan masalah bersama-sama dan beberapa muslihat lain amat mempengaruhi kesihatan perhubungan.
Namun, tidak mustahil untuk bahagia walaupun dipisahkan dengan jarak jauh jika anda dan pasangan mengamalkan rasa cinta yang rajin dan punyai perasaan ingin mempertahankan perkahwinan. Pernah dengar tentang Bahasa Cinta atau Love Language? Bahasa cinta ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu, acts of service, words of affirmation, receiving gifts, pyhsical touch dan quality time.
5 kategori ini amat mempengaruhi hubungan yang sihat dan pasti, melahirkan rasa sayang yang berpanjangan jika anda dan pasangan bersikap tolenrasi dan mempunyai rasa bertanggungjawab pada satu sama lain. EH! kongsikan 5 tip hubungan jarah jauh berdasarkan 5 bahasa cinta ini, kembalikan dan hangatkan hubungan intim anda dan pasangan.
Hubungan jarak jauh ‘PJJ’ mungkin tidak ideal dan tidak mudah, tetapi jika anda bersama pasangan yang tepat dan memahami, segalanya mustahil.
1. Ungkapkan ‘I love you‘ dengan kerap. (Words of affirmation)
Perhubungan jarah jauh boleh menjadi satu beban buat pasangan yang kerap merindui pasangan jauhnya. Rasa keraguan, rasa tidak selamat, dan rasa cemburu yang tinggi membuatkan hubungan jarak jauh anda menjadi tegang dan muncul perasaan negatif. Untuk elakkan masalah ini, mungkin anda boleh amalkan words of affirmation kepada pasangan setiap hari.
Pakar terapi hubungan mengesyorkan pasangan untuk menggunakan jaminan lisan yang kerap kepada satu sama lain. Seperti beritahu pasangan bahawa betapa anda menyayangi dan menghargai hubungan ini dan ungkapkan ‘I love you’ dengan kerap, percaya lah, ia sangat indah untuk didengar.
2. Hantar hadiah kejutan. (Receiving gifts)
Kini, segalanya mustahil pada penghujung jari apabila perkhidmatan hadiah kejutan lebih mudah dan pantas. Cara ini (receiving gift) dapat membuatkan pasangan anda tahu bahawa dirinya dirindui dan dihargai dari jauh. Lagi-lagi buat isteri, mereka amat menyukai hadiah kejutan dari pasangan, seperti bunga, manisan atau hanya sekeping kad gambar anda sedang bekerja, ia sudah membuatkan si dia jatuh cinta buat kali kedua.
3. Jadilah pasangan yang memahami, bukan detektif. (Acts of service)
Terdapat perbezaan antara menjadi pasangan yang memahami dan menjadi pasangan detektif. Siapa sahaja tidak ada rasa sangsi kepada pasangannya? Jika ditanya kepada 10 pasangan, 6 daripada mereka pasti mempunyai rasa sangsi kepada pasangan.
Hal ini perlu dibendung dan perlu diluahkan kepada pasangan untuk mengelakkan perasaan negatif yang melampau atau overthinking yang keterlaluan. Jika anda mempunyai soalan, tanyakan secara baik dan pastikan mood pasangan anda berada dalam keadaan yang tenang. Bukannya bertindak semberono dan menyalahkan pasangan tanpa mendengar sebab disebalik perbuatan mereka.
4. Cari masa bersama pasangan. (Quality time)
Pakar hubungan mengatakan, hubungan yang saling bergantung sesama pasangan, terbukti mampu membentuk hubungan yang sihat untuk perkahwinan.
Ini bermakna anda dan pasangan perlu melakukan perkara bersama, walaupun dalam keadaan hubungan jarak jauh. Cari perkara yang boleh anda lakukan bersama pasangan seperti menonton filem, makan bersama (melalui panggilan video) atau main permainan dalam talian. Semua ini dapat membantu anda dan pasangan anda merasa lebih saling bergantung dan lebih berhubung walaupun berjauhan.
5. Kekalkan hubungan intim. (Digital – Pyhsical touch)
Mengekalkan keintiman seksual adalah cabaran utama dalam hubungan jarak jauh. Sekiranya anda dan pasangan menikmati seks biasa, anda mungkin bergelut dengan kurangnya hubungan intim selama beberapa minggu atau bulan. Tetapi anda masih boleh berhubung rapat, walaupun dari kejauhan. Antara aktiviti intim jarak jauh yang anda boleh cuba seperti:
- Menukar gambar seksi (pastikan aplikasi pesanan anda selamat).
- Bercakap mengenai seks dan perkara yang ingin anda cuba.
- Seks telefon (pastikan talian selamat).
- Menghantar pesanan teks yang seksi.
Perlu diingat bahawa tidak semua orang merasa selesa dengan keintiman digital, jadi bincangkan batasan dan keselesaan pasangan mengenai penggunaan foto, seks telefon, atau kamera web sebelum melakukan aktiviti intim ini.